Monday, December 8, 2008

Lawatan ke Cambodia...Siem Reap

Pertama kali menjejakkan kaki ke Siem Reap......penuh teruja. Suasana pagi yang dingin. Penuh dramatik juga sebab beberapa orang ahli rombongan dari Iran terpaksa ditahan kerana polisi negara ini yang melarang beberapa negara arab daripada memasuki negara ini termasuklah dari Iran. Mujurlah atas budi bicara pegawai imegresen dan jaminan pemandu pelancong segalanya berjalan dengan lancar dan kami semua dapat meneruskan perjalanan kami....


Bergambar disekitar lapangan terbang Siem Reap....

Bunga-bunga......








Gambar-gambar sekitar lawatan ke Angkor Tomb.....telah banyak kerja-kerja baik pulih giat dijalankan di sini.



Gambar-gambar sekitar Tasik Tonle Sap....tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara. Saujana mata memandang......ramai penduduk di sekitar ini tinggal di dalam bot-bot ....










Gambar-gambar sekitar Angkor Wat.....seawal jam 4.oo pag kami bergegas ke sini semata-mata untuk menyaksikan matahari terbit....ternyata ramainya pelancong ke sini terutamanya dari Eropah, Jepun, Korea dan termasuklah dari Malaysia.......



Gambar-gambar sekitar kawasan penginapan di Siam Reap
Gambar semasa berada di stesen bas untuk ke Phnom Penh.....penuh dengan debu dan jalan masih belum berturap....


Gambar ketika terkadas semasa perjalanan ke Phnom Penh...bas rosak. Hampir satu jam menunggu untuk mengantikan bas yang lain. Suasana pemandangan kampung yang indah masih boleh dilihat di sepanjang perjalanan ke Phnom Penh.....

Sunday, December 7, 2008

Lawatan ke Cambodia....Phnom Penh



Ini lah gambar pertama saya ambil semasa sampai kat bandar Phnom Penh. Moden sikit dari Siem Reap....bangunan pun cantik-cantik juga. Masih lagi boleh dilihat struktur binaan penjajah masa lalu....







Sekitar gambar semasa lawatan di Toul Sleng Genocide Museum....mangsa kekejaman semasa pemerintahan "Pol Pot"


Bangunan bersebelahan muzeum.....

Pisang salai....masin rasanya di luar, tapi sedikit kelat manis di dalam & pengalaman naik "Remuk" serupa mcm "Tut-tut"...harga di kira ikut jarak. Tapi kalau pandai tawar...boleh dapat murah. Ni pun naik satu "Remuk" lebih kurang USD2.00.


Gambar ketika melawat "Killing Field"...terlalu banyak puluhan ribu kepala yang disimpan di sini untuk tatapan umum.


Gambar ketika berada di Royal University of Phnom Penh.


Jangan tak percaya stesen minya Pertonas Malaysia pun ada kat sana....


Hidangan ala Cambodia.....ikan masak nenas dengan ikan masak kelapa.....







Gambar sekitar "Royal Palace" of Cambodia



Hidangan sate dengan betik.....memang sedap. Salah satu hidangan kat "Restoran Malaysia"


Bergambar di hadapan "Restoran Malaysia"...mujur ada restoran makanan halal...dapat ler makan banyak-banyak....hehehehe




Gambar sekitar "Central Market"....kalau mai Phnom Penh sure kena mai sini untuk beli cenderahati....tapi kena ler pandai tawar menawar...kalau tak sure kena sembelih. Semua pakai USD tapi RM pun dia orang boleh terima gak.....


Pemandangan semasa ke lapangan terbang.....

Sempat lagi posing masa kat airport....hehehehe. Time ni tak sabar nak balik Malaysia....hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri...lebih baik di negeri sendiri......

Percutian di Bandung

Alhamdulillah ini merupakan kali kedua aku berpeluang berkunjung ke Bandung, Indonesia tanggal 25-28 Oktober 2008....kirannya merangkap sambutan birthday aku yang ke-30++ tanggal 27 Oktober 2008.Ini kira kali kedua juga aku sambut birthday aku kat sana. Sebab pada tahun lepas pun aku sambut kat sana juga. Hehehehe......

Pic ni aku ambil semasa di lobby hotel semasa menginap di Bandung...cantik lukisan tu...konon-konon nak tiru gayanya... hehehehe

Antara hidangan makan tengahari...mmmm not bad...tapi sambal tu memang sedap.



Ini lah kali pertama aku makan pisang keju....sedap gak. hehehehe. Waktu ni pulak aku tengah lapaq.....

Makan malam di salah sebuah restoran kat atas bukit....best sebab boleh nampak pemandangan pekan Bandung.






Aksi-aksi sekitar Gunung Berapi Tangkuban Perahu.....


Memetik buah Strawbery dalam perjalanan pulang dari melawat Gunung Berapi Tangkuban Perahu ke factory outlet untuk shopping.....hehehehe.Itulah aktiviti yang paling best dan paling lama masa kat sana...shopping...shopping...shopping


Tuesday, June 3, 2008

Panorama Malaysia
















Ladang Mempelam Harumanis Bukit Bintang,
Sg. Batu Pahat, Perlis
















Jeti Pulau Perhentian, Terangganu
















Pemandangan sekitar Pulau Perhentian















Panorama matahari terbenam di Kuala Perlis

Monday, June 2, 2008

Gelora jiwa

Hari-hari yang mendatang
menjanjikan pelbagai persoalan
yang harus ditempuh dengan penuh keberanian
untuk menjamin sebuah kejayaan

Hakikatnya ramai manusia pandai bersuara
sanggup mengharungi bersama tiada
andai tewas dimaki dihina semahunya
hanya kejayaan mengaku bersama

Rapuhnya sebuah ikrar seorang manusia
sanggup bermuka demi maruah
hilang segala pertimbangan sebuah ikatan
yang terbina atas dasar kemanusiaan

Rentak dan tari sebuah kehidupan
sukar diramal dan dibuat telahan
demi mengotakan sebuah harapan dan tujuan
hingga sanggup bertuankan nafsu dan syaitan

Wahai hati dan perasaan dunia
kembalilah ke pangkal jalan semula
lontarkan segala benci dan dendam
agar jiwamu aman dan tenteram...

Cetusan rasa......

Satu kenangan, satu harapan

Satu cinta, satu perasaan

Satu nada, satu suara

Satu keyakinan, satu kegembiraan



Tapi adakah cinta itu buta?

Tapi mengapakah cinta itu suci?

Tapi kenapakah cinta itu racun?

Tapi benarkah cinta itu penawar?



Tiada yang mustahil dalam cinta

Tiada paksaan dalam bercinta

Tiada kegembiraan tanpa pengorbanan

Tiada kemanisan tanpa keiklasan



Selami rasa cinta dengan hati

Selami segala sengketa dengan minda

Selami kegagalan dengan pengalaman

Selami kejayaan dengan kesyukuran....

Thursday, February 28, 2008

Welcome to the world of blogging

Congratulation for being a blogger now. Happy writing. In return I want the Harumanis when the season comes.