Wednesday, February 11, 2015

"..Jujurkah hati bila berkata, demi merungkai segala dusta; mengapa hidup perlu sengketa, sedangkan kasih sudah bertapa..?"



"..Jujurkah hati bila berkata, demi merungkai segala dusta; mengapa hidup perlu sengketa, sedangkan kasih sudah bertapa..?"

Seseringkali hidup ini diduga dengan pelbagai cabaran dan rintangan lebih lebih lagi soal hati dan perasaan. Acapkali kita terlupa yang di depan mata itu sebutir permata. Namun kita masih mencari permata yang jauh meskipun keasliannya belum terjamin…. Adakah  terlalu sukar untuk menyatakan hasrat hati dan merialisasikan dengan perbuatan yang sebenarnya kasih sayang itu telahpun ada..Cuma sebuah keegoan yang menjadi temboh penghalang kepada sebuah kasih sayang yang telah pun terjalin dalam diam….yang mungkin suatu hari kasih sayang itu akan lupus dan pergi mencari insan lain yang tahu menghargainya….Natijahnya..apabila kita menyedari hakikat sebenarnya sebuah kasih sayang…hanya sebuah kelukaan yang akan membaluti hati dan perasaan...Sanggupkah untuk aku menghadapi semuanya..?

MMPSKTKSKKMMUTAAAMTKHMSBBNTKDKASS…



Mungkin aku tidak memahami kamu..Mungkin kamu tidak mengerti aku..Perasaan sangsi sering kau tadah..Sedangkan kesetiaan sering aku curah..Kau bibit rasa keciwa dan marah..Tapi aku selimut dengan senyuman dan tabah..Kau mengharap sebuah kebahagiaan sempurna..Sedangkan ia belum sempurna masa..Kenapa perlu sangsi bila mahligai sedang dibina..?..Kenapa perlu ragu pada cinta yang telah tercipta..?..Mengapa perlu keciwa bila sayang telah ada..?..Mengapa perlu rakus bila masa menjelang tiba..?..Usah persoal pada apa ketentuanNya..Takut-takut dimurkaiNya dan kufur dengan nikmatNya..Aku tidak menyalahkan sesiapa bila takdir sudah tercipta..Aku merelai hidup ini sementara masih ada..Aku bersabar dan redha dengan ketentuanNya..Meskipun aku punya hati dan perasaan..Tapi aku redha..Duniaku ini hanyalah pinjaman..Kasihku ini tidak berbelah bagi..Hakikatnya hidup ku ini tidak pernah sunyi dengan ujian..Mungkin aku harus belajar lebih bersabar dan tenang..Sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui apa isi hatiku ini..Betapa sayangnya aku padanya hingga ke syurga ku pinta..Betapa kasihnya aku buatnya seluas lautan tidak bertepi..Namun andainya kasih dan sayangku tidak bernilai lagi padanya..Tidak mengapa..Kerana aku masih ada Dia yang memahami diriku..Dulu, kini dan selamanya..Kerana aku akan bertemu denganNya..Akhirnya buat selamanya..Segala yang berlaku adalah dengan keizinanNya..Siapalah aku tanpa rahmatNya…

Wednesday, February 4, 2015

Onak...

Hari-hari yang mendatang terasa penuh dengan cabaran dan ujian...kiri kanan depan belakang penuh dengan ranjau....sesekali aku rebah tak berdaya mengharunginya dengan sendiri...luka dihati semakin parah dan tak mungkin dapat dilihat...namun aku gagahi jua melangkah ranjau kehidupan aku ini kerana disitulah takdirku diujiNya..aku melangkah mengharapkan suatu keredhaan dan ketenangan daripadaNya...agar aku mampu tersenyum diahirnya sebuah kehidupan aku...meskipun jarak umurku dengan kematian adalah suatu rahsiaNya.....yang pasti aku harus bersedia segala kemungkinan yang ada dalam hidupku selagi aku masih bernafas...maafkan aku sekiranya aku tak mampu untuk melunaskan segala janji dan cita cita semua insan yang aku sayangi..meskipun semangatku tak pernah pudar memenuhi semuanya...hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita semua...dan tak pernah aku mengeluh..kerana aku ini hambaNya...aku ini insan yang lemah yang mengharap ehsan daripadaNya...aku redha segala akan ujianNya...biarlah aku dihina didunia ini...asalkan aku tidak dihina di sana kelak...cuma aku takut...takut untuk berhadapanNya...kiranya iman dan amalanku hanya senipis bawang....namun tidak pulak aku sangsi....kerana Dia maha pengampun lagi maha penyayang....dan biarlah diakhir hidupku ini diredhai dan diberkati olehNya...kerana aku insan yang hina dan lemah...dan sentiasa mengharap keampunan dariNya untuk sebuah destinasi hidup yang kekal di sana....SYURGA...

Tuesday, February 3, 2015

NAFAS KIAN TERHENTI....

Hidupku ini hanyalah sementara..selagi masih ada sisa nafas...akan aku galas segalanya dengan tabah...biarpun hakikatnya rahsiaNya..

Monday, December 8, 2008

Lawatan ke Cambodia...Siem Reap

Pertama kali menjejakkan kaki ke Siem Reap......penuh teruja. Suasana pagi yang dingin. Penuh dramatik juga sebab beberapa orang ahli rombongan dari Iran terpaksa ditahan kerana polisi negara ini yang melarang beberapa negara arab daripada memasuki negara ini termasuklah dari Iran. Mujurlah atas budi bicara pegawai imegresen dan jaminan pemandu pelancong segalanya berjalan dengan lancar dan kami semua dapat meneruskan perjalanan kami....


Bergambar disekitar lapangan terbang Siem Reap....

Bunga-bunga......








Gambar-gambar sekitar lawatan ke Angkor Tomb.....telah banyak kerja-kerja baik pulih giat dijalankan di sini.



Gambar-gambar sekitar Tasik Tonle Sap....tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara. Saujana mata memandang......ramai penduduk di sekitar ini tinggal di dalam bot-bot ....










Gambar-gambar sekitar Angkor Wat.....seawal jam 4.oo pag kami bergegas ke sini semata-mata untuk menyaksikan matahari terbit....ternyata ramainya pelancong ke sini terutamanya dari Eropah, Jepun, Korea dan termasuklah dari Malaysia.......



Gambar-gambar sekitar kawasan penginapan di Siam Reap
Gambar semasa berada di stesen bas untuk ke Phnom Penh.....penuh dengan debu dan jalan masih belum berturap....


Gambar ketika terkadas semasa perjalanan ke Phnom Penh...bas rosak. Hampir satu jam menunggu untuk mengantikan bas yang lain. Suasana pemandangan kampung yang indah masih boleh dilihat di sepanjang perjalanan ke Phnom Penh.....