Wednesday, February 4, 2015

Onak...

Hari-hari yang mendatang terasa penuh dengan cabaran dan ujian...kiri kanan depan belakang penuh dengan ranjau....sesekali aku rebah tak berdaya mengharunginya dengan sendiri...luka dihati semakin parah dan tak mungkin dapat dilihat...namun aku gagahi jua melangkah ranjau kehidupan aku ini kerana disitulah takdirku diujiNya..aku melangkah mengharapkan suatu keredhaan dan ketenangan daripadaNya...agar aku mampu tersenyum diahirnya sebuah kehidupan aku...meskipun jarak umurku dengan kematian adalah suatu rahsiaNya.....yang pasti aku harus bersedia segala kemungkinan yang ada dalam hidupku selagi aku masih bernafas...maafkan aku sekiranya aku tak mampu untuk melunaskan segala janji dan cita cita semua insan yang aku sayangi..meskipun semangatku tak pernah pudar memenuhi semuanya...hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita semua...dan tak pernah aku mengeluh..kerana aku ini hambaNya...aku ini insan yang lemah yang mengharap ehsan daripadaNya...aku redha segala akan ujianNya...biarlah aku dihina didunia ini...asalkan aku tidak dihina di sana kelak...cuma aku takut...takut untuk berhadapanNya...kiranya iman dan amalanku hanya senipis bawang....namun tidak pulak aku sangsi....kerana Dia maha pengampun lagi maha penyayang....dan biarlah diakhir hidupku ini diredhai dan diberkati olehNya...kerana aku insan yang hina dan lemah...dan sentiasa mengharap keampunan dariNya untuk sebuah destinasi hidup yang kekal di sana....SYURGA...

No comments: