Tuesday, June 3, 2008

Panorama Malaysia
















Ladang Mempelam Harumanis Bukit Bintang,
Sg. Batu Pahat, Perlis
















Jeti Pulau Perhentian, Terangganu
















Pemandangan sekitar Pulau Perhentian















Panorama matahari terbenam di Kuala Perlis

Monday, June 2, 2008

Gelora jiwa

Hari-hari yang mendatang
menjanjikan pelbagai persoalan
yang harus ditempuh dengan penuh keberanian
untuk menjamin sebuah kejayaan

Hakikatnya ramai manusia pandai bersuara
sanggup mengharungi bersama tiada
andai tewas dimaki dihina semahunya
hanya kejayaan mengaku bersama

Rapuhnya sebuah ikrar seorang manusia
sanggup bermuka demi maruah
hilang segala pertimbangan sebuah ikatan
yang terbina atas dasar kemanusiaan

Rentak dan tari sebuah kehidupan
sukar diramal dan dibuat telahan
demi mengotakan sebuah harapan dan tujuan
hingga sanggup bertuankan nafsu dan syaitan

Wahai hati dan perasaan dunia
kembalilah ke pangkal jalan semula
lontarkan segala benci dan dendam
agar jiwamu aman dan tenteram...

Cetusan rasa......

Satu kenangan, satu harapan

Satu cinta, satu perasaan

Satu nada, satu suara

Satu keyakinan, satu kegembiraan



Tapi adakah cinta itu buta?

Tapi mengapakah cinta itu suci?

Tapi kenapakah cinta itu racun?

Tapi benarkah cinta itu penawar?



Tiada yang mustahil dalam cinta

Tiada paksaan dalam bercinta

Tiada kegembiraan tanpa pengorbanan

Tiada kemanisan tanpa keiklasan



Selami rasa cinta dengan hati

Selami segala sengketa dengan minda

Selami kegagalan dengan pengalaman

Selami kejayaan dengan kesyukuran....