Monday, June 2, 2008

Gelora jiwa

Hari-hari yang mendatang
menjanjikan pelbagai persoalan
yang harus ditempuh dengan penuh keberanian
untuk menjamin sebuah kejayaan

Hakikatnya ramai manusia pandai bersuara
sanggup mengharungi bersama tiada
andai tewas dimaki dihina semahunya
hanya kejayaan mengaku bersama

Rapuhnya sebuah ikrar seorang manusia
sanggup bermuka demi maruah
hilang segala pertimbangan sebuah ikatan
yang terbina atas dasar kemanusiaan

Rentak dan tari sebuah kehidupan
sukar diramal dan dibuat telahan
demi mengotakan sebuah harapan dan tujuan
hingga sanggup bertuankan nafsu dan syaitan

Wahai hati dan perasaan dunia
kembalilah ke pangkal jalan semula
lontarkan segala benci dan dendam
agar jiwamu aman dan tenteram...

No comments: